SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MOHAMED RUMSANI

PEJABAT PERPADUAN DAERAH MUAR,
JABATAN PERPADUAN NEGARA,
TINGKAT 5,
MUAR TRADERS HOTEL,
84000 MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM

Friday, December 18, 2009

PERTANDINGAN BADMINTON REMAJA TERBUKA MUAR MEREBUT PIALA Y.B DATUK HJ. ABDULLAH B. MD ALI

Pertandingan badminton ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Daerah Muar, peringkat kebangsaan yang akan diadakan dari tarikh 22 Disember 2009 sehingga 24 Disember 2009 (Selasa hingga Khamis), bermula pada pukul 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang manakala bergu terbuka akan diadakan pada 23 hingga 24 disember bermula pada jam 8.30 malam di Dewan 99, Jalan Sakeh, 84000 Muar Johor. Pertandingan melibatkan 8 kategori iaitu perseorangan bawah 10 tahun, perseorangan dan bergu bawah 12 tahun, perseorangan dan bergu bawah 15 tahun, perseorangan dan bergu bawah 18 tahun, dan bergu terbuka. Pertandingan menawarkan hadiah berupa piala dan wang tunai. Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan bernilai RM8000.00. Kepada semua peserta, jadual pertandingan boleh disemak di laman blog ini. Sila klik alamat laman web yang tertera di bawah untuk muat turun jadual pertandingan. Sebarang pertanyaan sila email atau telefon kepada saya. Terima Kasih.

http://www.mediafire.com/?0tinklzxzyy